jom join tone excel

jom join tone excel

PLEASE PLEASE PLEASE ...PLEASE CLICK ME..

Pemborong Air Botol Kampung

Pemborong Air Botol Kampung

BERITA TERKINI

INGIN MEMBELI RUMAH ? INGIN MENCARI RUMAH?
PERLUKAN BANTUAN KHIDMAT PEGUAM UNTUK PROCESS PEMBELIAN RUMAH? HUBUNGI KAMI SEKARANG..012-3588991.KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA..

Kepada Semua

selamat membeli belah di sini

sebarang pertanyaan tentang produk sila call 012-3588991 atau email alidzzr@hotmail.com

JANGAN MALU DAN SEGAN

HOT ITEM BEST SELLER



DUMMY CCTV Sabun Taharah

SABUN SAMAK SABUN TAHARAH

SABUN SAMAK SABUN TAHARAH

31 January 2010

EXAMO CKM 500 Only RM56.00












Nama Produk: Examo CKM 500


Isi: 450 Biji
Tempoh Guna: 3 - 12 Bulan

Kesesuaian:
Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

Cara Makan:
Dikemam dalam mulut

Bayi(kurang 1 tahun)--1 biji
kanak-kanak(1-7 tahun)-- 2 biji
kanak-kanak(7-14 tahun)-- 3 biji
Dewasa(14 tahun keatas)-- 4 biji

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Lesu

2. Lemah
3. Mengantuk
4. Sengal otot dan sendi
5. Lapar dan Dahaga
6. Marah - Marah
7. Tidak dapat meneruskan kerja

Kenali Permasalahan Otak dan Rawatannya


Adakah anda atau anak and mengalami kebuntuan fikiran, payah hafalan, lembab berfikir,pelupa,pemalas serta emosi terganggu ? Sekiranya ini berlaku, sudah tentulah prestasi pembelajaran akan turut terganggu. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang diminta atau keadaan semulajadi bagi setiap orang.

Faktor pemakanan menyumbang hampir 100% kepada keadan cemerlang atau merosotnya prestasi minda. Pastikan anda tidak mengambil pemakanan neurotoksik yang berlebihan seperti aiskrim, cuka, asam dan ubat dadah.

Anda juga harus menghentikan aktiviti gegaran otak seperti menanduk bola atau menghantuk kepala. Keadaan ini akan mengganggu proses pertumbuhan rami saraf dendrit dan dendron bagi tujuan penyimpanan maklumat.

Usia yang meningkat juga mempengaruhi penurunan kualiti minda. Dengan pengambilan Examo CKM 500, masalah kurang daya ingatan dapat diatasi. Disamping pengambilan neurofilik yan dicadangkan seperti kekacang, kismis, tamar, anda akan merasai perbezaan yang amat ketara kepada kualiti minda anda.

Fikiran akan kembali cergas, bersemangat, rajin serta daya tumpuan yang meningkat. Cubalah dan rasainya sendiri.

Kenapa Otak memerlukan makanan ?

1. Pertumbuhan Sel Otak
2. Tenaga Berfikir
3. Perkembangan minda dan Sahsiah
4. Mencegah dan Merawat Penyakit Otak, Fikiran dan Perasaan(termasuk tingkah laku)
5. Kesihatan Otak, Akal & Perasaan
Kategori Pemakanan Dan Otak NEUROFILIK


Kumpulan makanan yang diperlukan otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.

1. Mencergaskan fikiran
2. Menimbulkan kerajinan
3. Mencerdaskan akal
4. Meningkatkan kreativiti
5. Meneguhkan ingatan
6. Menambah daya tumpuan
7. Menghilangkan keresahan, runsing dan takut
8. Menaikan semangat
9. Menjauhkan kebosanan

Pemakanan Neurofilik

1. Ikan
2. Kekacang dan kekeras: kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistacio, badam
3. Bijirin seluruh : barli, gandum, berak tumbuk, jagung
4. Sayur-sayuran : lobak merah, daun saderi
5. Sayur-sayuran hijau
6. Buah-buahan : limau, mangga, pisang, betik
7. Kismis
8. Kurma
9. Susu dan makanan drp susu : keju, yogurt
10. Gula semula jadi : gula merah, gula melaka
11. Koko & coklat
12. Belalang
13. Minyak sayuran : minyak kacang soya, minyak jagung, dan minyak bunga matahari
14. Beras warna coklat/perang
15. Roti mil putih
16. Madu lebah
17. Makanan laut mengandungi iodine : kerang & siput
18. Minyak Ikan
19. Telur
20. Examo CKM 500( Nutrien otak rumusan Prof. Dr Azizan Ismail)

NEUROTOKSIK


Kumpulan makanan yang tidak diperlukan otak kerana boleh meracun otak, minda dan fikiran sambil menimbulkan kerosakan pada otak, menjejaskan fikiran berfikir dan melemahkan ingatan serta mengganggu perasaan. Mendatangkan Kesan Buruk Kepada Otak dan Saraf

Menimbulkan keadaan : Mengantuk, malas, iritasi dan alergi, keresahan, lemah ingatan, lembab berfikir, payah hafalan, kedunguan, gangguan emosi, tingkah laku dan perangai.

Pemakanan Neurotoksik

1. Aiskrim
2. Air klorin
3. Cuka, asam, jeruk
4. Biji & ulam pucuk gajus
5. Biskut & kek
6. Buah pala
7. Garam : sederhana munasabah
8. Gula : berlebihan
9. Makanan ringan : gula-gula, asam masin, keropok snek
10. Kopi & Teh
11. Makanan alergi : sotong, udang, ketam, belacan
12. Makanan masak berminyak
13. Rokok, dadah dan ubat dadah.

*** Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.

Bagaimana hendak memulihkan tenaga ?


Mengikut kajian ada 3 cara bagi memulihkan tenaga, iaitu:

Memberi semangat dan perangsang

Memberi semangat dan perangsang Seseorang pelumba lari jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga galakan perangsang yang diberikan oleh penonton dan penyokong kepada satu pasukan bolasepak akan dapat menimbulkan tenaga baru pasukan itu dan meneguhkan semangat juangnya.

Beristirahat

Beristirahat Setelah banyak bekerja seseorang akan terasa letih dan tidak bermaya. Dengan cara beristirahat tenaga yang hilang akan dapat dipulihkan. Selepas beristirahat bolehlah ia meneruskan kerja.

Makan dan minum

Makan dan minum Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang dibelanjakan semasa bekerja. Apa yang harus dimakan? Yang harus dimakan ialah benda-benda yang boleh memberi tenaga seperti gula, nasi, kanji, bubur gandum, teh dan sebagainya.

Demikian pulalah halnya dengan otak

Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira mudah dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis-analisis, merangka strategi dan sebagainya maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan. Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu.

Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:

1. Perasaan gementar, cemas dan bimbang
2. Bersifat pesimis dan bersikap negatif
3. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
4. Selalu letih dan tidak bertenaga
5. Sering diganggu kesedihan tidak menentu
6. Serabut fikiran dan kelesuan otak
7. Lemah daya berfikir dan rasa malas
8. Mudah lupa dan rasa jemu
9. Kurang daya tumpuan

Bagaimana hendak memulihkan tenaga otak ?


Seperti juga tenaga fizikal,

ada 3 cara bagi memulihkan tenaga otak, iaitu:

Memberikan semangat dan perangsang

Memberi semangat dan perangsang Seseorang yang menggunakan psikologi dapat menolong membaiki prestasi murid-muridnya denga kata-kata perangsang, seperti, “Jangan putus asa. Cuba lagi. Saya yakin kamu boleh berjaya”. Seorang ayah menasihati anaknya dengan kata-kata, “Ayah faham matapelajaran ini susah sedikit, tetapi setiap yang susah itu, sudah pasti ada jalan mengatasinya”. Kata-kata perangsang begini boleh membuat anaknya itu bersemangat kembali dan terus maju. Tetapi masalahnya, sampai bilakah seseorang itu mengharapkan diberi semangat dan perangsang oleh orang lain? Semangat dan perangsang seharusnya datang dari dalam diri sendiri.

Beristirahat

Beristirahat Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirahat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak itu. Tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan rehat. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. D. Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, di dapati pada satu-satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindak balas elektrokimia. Oleh itu otak sebenarnya kurang dapat berehat walaupun tubuh berehat.

Makan dan minum


Makanan Seperti juga dengan tubuh, tenaga otak pun boleh dipulihkan dengan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf. Apakah nutrien saraf yang dapat memulihkan tenaga? Jawapannya akan diberikan kemudian nanti. Pendapat orang Ada orang berpendapat, kecerdasan akal seseorang bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah orang (tinggi I.Q) orang itu. Dan kalau sedikit neuron,maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu. Adakah benar pendapat ini? Pendapat itu adalah salah.
Kecerdasan Akal


Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak. Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akan seseorang.

Menurut penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, yang mempengaruhi kecerdasan akan seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Beruntunglah orang yang mempunyai banyak ramisaraf dendrit, sebab akalnya cerdas.

Bagaimana dengan orang yang kurang cerdas ? Bolehkah digalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak ?

Jawabnya: BOLEH

Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itupun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.

Menurut penyelidikan Dr. W.H. Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia.


Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500. EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Aktiviti Otak

Semua aktiviti otak berfikir, mengingat, menyimpan maklumat, merenung dan mengkaji masalah, menumpu perhatian dan lain-lain adalah proses hasil tindakbalas elektrokimia.

Dari situ kita boleh faham bahawa, untuk melakukan sesuatu aktiviti mental, otak memerlukan bahan kimia bagi menimbulkan impuls elektrik yang berlari melalui ramisaraf dendrit neuron dan akson. Sama halnya dengan sebuah bateri.

Ketahuilah, EXAMO-CKM 500 membekalkan bahan kimia yang diperlukan itu. Sama seperti baja untuk pokok yang mesti dirumus menurut keperluan optimum pokok, demikianlah juga EXAMO-CKM 500 dirumus istimewa bagi memenuhi keperluan otak untuk tujuan mendapatkan kesan baik paling maksimum. EXAMO-CKM 500 adalah dijamin paling berkesan, suci dan halal.


Ia tidak mengandungi dadah dan dengan itu tidak boleh mendatangkan kesan sampingan, tidak membahayakan kesihatan, tidak menimbulkan ketagihan. EXAMO-CKM 500 telah diujikaji oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Masyarakat di England (Department of Health and Society Security, England).

EXAMO-CKM 500 selamat untuk kegunaan semua peringkat sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu yang hamil. Para saintis mendapati bahawa otak manusia mengadungi antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel otak, neuron yang berfungsi. Setiap hari beribu-ribu sel di dalam tubuh dan otak akan mati. Sel-sel tubuh yang mati akan diganti dengan sel-sel baru. Tetapi sel-sel otak (neuron) yang mati tidak akan diganti dengan sel-sel baru.

Ketahuilah menurut kajian, zat Kalium Posfat dan Magnesium Posfat bertindak melambatkan kematian sel-sel otak ini. Di dalam EXAMO-CKM 500 kesemua ramuan diperbuat daripada bahan-bahan bersih lagi suci mengikut The British Homeophatic Pharmacopoeia dengan menggunakan kaedah triturasi. Triturasi adalah kaedah pembuatan paling saintifik yang menghasilkan nutrien yang mudah cerna. Sejak dipasarkan kepada umum pada tahun 1983 EXAMO CKM 500 telah mendapat sanjungan dan banyak digunakan oleh kanak-kanak tadika, penuntut sekolah, kolej dan universiti sama ada dalam negeri mahupun luar negeri.

KesanKegunaan

Meningkatkan kecerdasan akal Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, kecerdasan bergantung pada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.

Memulihkan tenaga mental Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl, dll.

Membasmi masalah lupa Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak. Perlu ada laluan maklumat baru dan banyak…perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.

Lain-lainkegunaan

Dapat membantu semua masalah yang melibatkan otak dan saraf:

1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah.
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mental

Memperkenalkan rumusan nutrien untuk menyuburkan keupayaan akal, serta memulihkan gangguan dan kelemahan saraf otak. EKONOPEK EXAMO yang terdiri daripada gandingan rumusan biokimia EXAMO CKM-500 dan rumusan homeopati EXAMO CKM-500 PLUS, adalah amat sesuai untuk kanak-kanak sekolah terutama sekali yang bakal mengambil peperiksaan.


Jangan persiakan keupayaan dan masa depan anak-anak anda yang masih di bangku sekolah. Bertindak sekarang ketika mereka masih muda. Dapatkan EXAMO CKM-500 bersama EXAMO CKM-500 PLUS di dalam satu kotak EKONOPEK EXAMO yang menjimatkan

Kesesuaian

Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

Cara Makan

1. Dikemam dalam mulut
2. Ambil 1 biji bagi Bayi (kurang 1 tahun)
3. Ambil 2 biji kanak-kanak (1-7 tahun)
4. Ambil 3 biji kanak-kanak (7-14 tahun)
5. Ambil 4 biji Dewasa (14 tahun keatas)

Tambahan info

Bila hampir peperiksaan galakkan anak makan 3 x sehari Examo CKM 500, 2 x seminggu Examo Plus & Mat Sa. Insya Allah membantu anak-anak anda.

Harga:

CKM 500 RM56.00 Semenanjung Malaysia
CKM 500 RM56.00 Sabah/Sarawak

CKM 500 Plus RM28.00 Semenanjung Malaysia
CKM 500 Plus RM28.00 Sabah/Sarawak

Ekonopek RM80.00 Semenanjung Malaysia
Ekonopek RM80.00 Sabah/Sarawak

Read more...

Related Posts with Thumbnails

PLEASE CLICK ME..AGAIN AND AGAIN